Tuesday, November 17, 2015

Pertandingan Sabah Screen Fest

 Tarikh : 11 - 13 November 2015
Bilangan Pelajar : 3 Pengawas Media dan 2 Guru Pengiring
Aktiviti : 
1. Bengkel dan Sesi Kritik Filem Pendek dan Animasi
2. Anugerah SSF 2015

Laporan :

Perjalanan kami terdiri daripada Mohd Atif, Muhammad dan Aqil Haikal merupakan Pengawas Media Sekolah. Guru pembimbing pula Pn. Nhazla dan Pn Haliza. Terdapat lima lagi Pengawas Media yang lain tidak dapat turut bersama kami ke Kota Kinabalu iaitu Afifah, Intan, Syahiran, Haikal dan Faris.

Pertandingan ini merupakan anjuran Negeri Sabah semenjak lapan tahun lepas. Mereka membuat pembaharuan pada tahun ini dengan membuka penyertaan kepada negeri lain. SMK Banggol merupakan satu-satunya sekolah yang terpilih selepas sekolah daripada negeri Johor dan Kelantan menarik diri. Namun begitu, SMK Banggol telah pun tersenarai sebagai lima finalis manakala sekolah dari negeri lain adalah jemputan ke anugerah. 

SMK Banggol menyertai  Filem Pendek kategori Sekolah Menengah dan telah diberi kritikan oleh Tn. Hassan Bin Abd Muthalib iaitu seorang Pengarah, Editor dan Penulis. Kritikan yang diberi oleh beliau memberi kesedaran dan akan digunakan sebagai pengajaran untuk penghasilan filem yang lebih baik untuk masa akan datang. Kriteria yang diadili adalah dilihat pelbagai aspek. Bukan sahaja jalan cerita dan pelakon semata-mata. Pencahayaan, sudut rakaman, teknik rakaman dan suntingan video juga diambilkira. Alhamdulillah, kebetulan kami menerima kritikan yang posoitif daripada beliau. Bengkel selama dua hari ini banyak memberi manfaat yang selama ini langsung tiada pengetahuan tentangnya. Kami juga didedahkan tentang penghasilan animasi dan sedikit sebanyak menyuntik semangat kami untuk menghasilkannya. 

Pada malam Majlis Anugerah SSF, setiap kategori akan diumumkan pemenangnya. Dengan penuh debaran. akhrinya SMK Banggol membawa pulang Trofi Tempat Ketiga dalam Pertandingan Filem Pendek kategori Sekolah Menengah. Ianya tidak disangka-sangka dan seolah-olah masih bermimpi kerana kami tidak pulang dengan tangan kosong. Tahniah kepada Mohd Atif kerana seorang yang sangat berkaliber sebagai pengarah, editor dan penulis, walaupun tidak memenangi kategori tersebut. 

Insyaallah, kami akan menyertai sekali lagi untuk Sabah Screen Fest 2016. Terima kasih kepada Puan Pengetua iaitu Pn Hjh Mazidah kerana membenarkan Pengawas Media untuk menyertai pertandingan ini dan menyokong kami sepenuhnya dalam penghasilan filem pendek. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Hadiah Tempat Ketiga : Sebuah Laptop Lenovo, Wang Tunai RM600 dan sebuah Trofi.








Laporan penuh disediakan oleh : Nhazla Fikri (Guru Penyelaras Pengawa Media)

Jamuan Pengawas Sekolah

Tarikh : 15 Nov 2015
Hari : Ahad 
Tempat : Kantin SMK Banggol
Masa : 11.30 pagi

Guru-guru dan Semua Pengawas Sekolah dijemput hadir.


Saturday, November 14, 2015

Majlis Graduasi

Tarikh : 24 Oktober 2015
Tempat : Dewan Unggul
Sasaran : Para Graduan Tingkatan 5 
dan Penerima Anugerah





Ayuh Sejahtera

Tarikh : 18-22 Oktober 2015


Majlis Restu Ilmu PT3

Tarikh : 11 Oktober 2015
Masa : 12.00 Tengahari 
Tempat : Surau
Sasaran : Guru matapelajaran dan pelajar PT3


Sukan Negara Peringkat Sekolah

Tarikh : 10 Oktober 2015
Masa : 7.300 pagi
Tempat : Dataran Hikmah dan Padang Sekolah


Solat Hajat SPM dan PT3

Tarikh : 2 Oktober 2015 (Jumaat)\
Tempat : Dewan Unggul
Sasaran : Ibu bapa, guru-guru, Pelajar Tingkatan 5 dan 3

Aktiviti
Soalat Hajat Perdana
Ucapan Pengetua
Ceramah Motivasi
Sesi Temu Mesra





Kem Kecemerlangan SPM

Tarikh : 13 September 2015


Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 17 September 2015



Kem SPM

Tarikh : 17-20 September 2015 (Jumaat hingga Sabtu)
Tempat : Dungun

Program Motivasi Bersama Dr Fakrul

Tarikh : 8 September 2015
Tempat : Dewan Unggul
Sasaran : Semua Pelajar


Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan